• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pratempahan Galaxy S8 Bermula 11 April Ini!

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMSUNG hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharunya, Galaxy S8 dengan reka bentuk dan paparan lebih mengagumkan dan elegan berbanding sebelumnya.

Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu mengatakan pelancaran Galaxy S8 merupakan bukti bagi mendapatkan semula kepercayaan pengguna serta menandakan satu pencapaian baharu dalam legasi telefon pintar Samsung.

Galaxy S8 pada awalnya dijaduakan akan dilancar pada bulan Februari namun terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan Samsung menguji sepenuhnya peranti berkenaan sebelum dilepaskan kepada umum.

Berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar berkenaan, jurucakap Samsung Malaysia, Lee Jui Siang yang memetik laporan Amanz berkata fasa permulaan penawaran Galaxy S8 akan disertakan dengan tiga varian warna iaitu midnight black, arctic silver dan dan maple gold.

Pratempahan Galaxy S8 Bermula 11 April Ini!

Samsung Malaysia akan membuka pra-tempahan untuk Galaxy S8 pada 11 April higga 13 April 2017 kelak dengan harga yang dianggarkan antara RM3,000 ke RM3,200.

Seperti sebelum ini, Samsung Malaysia dijangka menawarkan diskaun untuk pra-tempahan, selain penyertaan beberapa perkara tambahan seperti aksesori dan sebagainya.

Galaxy S8 didatangkan dengan saiz 5.8 inci dengan paparan Infinity Display serta rekaan yang lebih lancar dengan permukaan tanpa butang dan sisi yang tajam.

Pratempahan Galaxy S8 Bermula 11 April Ini!

Antara ciri baharu yang diperke­nalkan termasuklah kamera premium 8MP F1.7 Smart autofocus sebagai kamera hadapan Galaxy S8 dan kamera belakang turut dikuasakan dengan 12MP F1.7 Dual Pixel bagi hasil gambar terbaik.

Selain itu, Galaxy S8 turut menggunakan pemproses 10nm yang merupakan pertama seumpa­manya oleh industri, sekali gus menjadikan Galaxy S8 sebagai telefon pintar yang lebih cekap dan pantas.

Galaxy S8 dilihat sebagai percaturan terbaik Samsung setakat ini bagi menandingi beberapa flagship smartphone keluaran jenama lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: peranti pintarSamsung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jauhi Rasuah, Bantu Jayakan Wawasan Perlis Maju 2030

Next Post

Perkeso Kedah Beri Amaran Majikan Gagal Carum Pekerja

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Vivo V20, V20 Pro Dengan Teknologi ‘Eye Autofocus’

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di...

Next Post

Perkeso Kedah Beri Amaran Majikan Gagal Carum Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd