• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sasar Setiap Rakyat Minum 50 Liter Susu Setahun

oleh
11/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerajaan bakal menubuhkan Lembaga Tenusu tahun hadapan bagi menggalakkan rakyat Malaysia lebih kerap minum susu segar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ketika ini secara purata rakyat Malaysia didapati hanya minum susu segar sebanyak 19.9 liter sepanjang tahun berbanding 100 hingga 150 liter setahun rakyat di benua Eropah dan Amerika Utara.

Malahan ujar beliau lagi, kajian badan antarabangsa turut mendapati bahawa setiap seorang rakyat India, New Zealand dan Jepun rajin minum susu segar antara 30 hingga 100 liter dalam setahun

Najib seterusnya menjelaskan, Lembaga Tenusu itu diketuai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain dianggotai Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi.

Turut serta ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). Lembaga tersebut akan bertanggungjawab bagi mengembangkan pembangunan industri tenusu negara secara lebih holistik.

“Kita juga menetapkan sasaran rakyat minum 50 liter susu segar setahun menjelang tahun 2050. Jadi, kita perlu 2.6 bilion liter susu daripada 502,000 lembu dalam masa 30 tahun berbanding 21,000 lembu ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC), di sini pada Sabtu yang juga dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut serta ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Datuk Dr. Sharif Haron. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: susutenusu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Masih Berdepan Empat Kes Rasuah RM232.5 Juta

Ibu Mengaku Beri Bayi Air Susu Bercampur Dadah, Bapa Pula Nafi

28/02/2024
0

Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

‘Semua Ahli Parlimen Kerajaan Komited Sertai Persidangan Dewan Rakyat – Ahmad Zahid

Keadaan Bayi Minum Susu Dibancuh Air Syabu Makin Sihat

26/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia empat bulan yang diberi minum susu dibancuh syabu oleh ibunya sudah dibenarkan keluar hospital, Khamis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd