• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS: Kutipan Tol Elektrik Sepenuhnya 26 April

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya mulai 26 April ini.

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata bermula tarikh itu pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, Touch’n Go atau Smart Tag manakala tiada lagi transaksi tunai.

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan 71 plaza tol di antara Juru hingga Skudai dan merupakan kesinambungan inisiatif yang mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008.

“Justeru kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch’n Go di mana-mana pusat khidmat pelanggan PLUS sebelum 26 April ini.

“Sistem ini jauh lebih pantas berbanding kaedah tunai dengan lorong Smart Tag mampu mengendalikan 1,000 transaksi sejam manakala lorong Touch’n Go sebanyak 600 transaksi sejam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika ini 94 peratus daripada pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Juru dan Skudai telah menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

“PLUS juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam membendung berlakunya sebarang ganguan terhadap sistem elektronik seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya PLUSplaza tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

29/11/2022
0

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd