• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tak Putus Hubungan Dengan PAS – Azmin Ali

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat ‘memikul biawak hidup’.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

“Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan DUN Selangor di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan ‘memikul biawak hidup’, Menteri Besar Selangor itu berkata: “Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak.

“Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu,” katanya.

Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkata PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan atau pun Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama ‘memikul biawak hidup’, dan PAS akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Tikus ‘Rehat’ Sebentar Di AEON Bandar Utama

Next Post

Terus Berkhidmat Bidang Perundangan Walau Bersara

Related Posts

Malaysia Kurangkan Keluaran Minyak 15,000 Tong Sehari

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju meneruskan komitmen pelarasan sukarela untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 15,000 tong sehari berbanding ketetapan 20,000...

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2,136 Undi Di Sarawak

11/11/2018
0

KUCHING - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam...

Next Post

Terus Berkhidmat Bidang Perundangan Walau Bersara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd