• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Usaha Bawa Balik 3 Lagi Mangsa Culik

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pihak berkuasa Malaysia sedang dalam tindakan untuk membawa pulang tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik Abu Sayyaf pada Julai tahun lalu, ke pangkuan keluarga masing-masing.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata ketiga-tiga mangsa itu Jumadil Rahim, 24, Mohd Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27, itu diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina dalam operasi di kawasan umum Poblacion Punay, Panglima Estino di Sulu tengah malam tadi.

Pada Khamis lalu, Abdul Rahim Summas, 63, dan Tayudin Anjut,45, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di perairan Pulau Pata di Sulu.

Abdul Rahim dan Tayudin kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Selayang.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang dinaiki mereka, ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven di Lahad Datu. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peranan Diktator Lebih Mudah Semua Terlaksana

Next Post

Pembinaan Jalan Guna Getah Tunjuk Prestasi Lebih baik

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

Next Post

Pembinaan Jalan Guna Getah Tunjuk Prestasi Lebih baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd