• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa China Bantu Kenal Pasti Jong-nam

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Identiti rakyat Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu disahkan sebagai Kim Jong-nam berdasarkan data cap jari yang diperoleh dari pangkalan data pihak berkuasa China.

Rekod cap jari Jong-nam disimpan oleh pihak berkuasa di Macau selepas mendiang dan keluarganya tinggal di beberapa lokasi yang tidak didedahkan demi keselamatan mereka.

“Pengesahan menerusi pangkalan data cap jari merupakan sebahagian daripada proses dalam mengenal pasti mangsa dari segi konteks DNA.

“Ia boleh diterima selain membuat pemeriksaan berdasarkan sampel dari tisu, rambut dan darah ahli keluarganya,” kata sumber.

Difahamkan selain China, data biometrik Jong-nam juga disimpan oleh negara-negara lain berikutan kekerapan perjalanannya ke pelbagai negara, termasuk Singapura dan Jepun.

“Bagaimanapun, dalam kes ini, polis Malaysia bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di China melalui Interpol (Polis Antarabangsa).

“Lebih 20 anggota dan pegawai polis dari China telah membantu dalam proses mengenal pasti Jong-nam, termasuk beberapa aspek lain,” jelas sumber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, polis telah meminta bantuan daripada Interpol bagi mengenal pasti mangsa.

Beliau turut menafikan bahawa sebuah pasukan polis dihantar ke Macau untuk mengambil sampel DNA daripada ahli keluarga Jong-nam.

Pada Jumaat lalu, beliau mengesahkan bahawa lelaki yang dibunuh di KLIA2 menggunakan agen saraf VX yang diharamkan itu adalah Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Mangsa menggunakan pasport di bawah nama “Kim Chol”. – mStar Online

Tags: ChinaKes Bunuh Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd