• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH, PPBM Bertelagah Tukar Nama Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum pun sah bersama, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sudah berbalah dengan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) berhubung nama khas yang akan digunakan oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mahu nama khas Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat yang menyerupai Barisan Nasional (BN) selepas PPBM sah menyertai pakatan pembangkang.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala DAP yang berhasrat mempergunakan PPBM untuk mendapat undi kaum Melayu hanya berdiam diri.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan, nama Pakatan Harapan perlu dikekalkan walaupun selepas PPBM menyertai pakatan pembangkang bagi mengekalkan agenda reformasi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya anjurkan untuk dikekalkan Pakatan Harapan sebagai pakatan pembangkang yang ada sejarahnya, kekuatan dan jati diri sejak Reformasi.

“Jangan lupa pakatan pembangkang menang kerana fokus kepada isu-isu rakyat yang konsisten sehingga UMNO hilang sokongan dan tertubuhnya PPBM. Muafakatlah atas dasar prinsip keadilan, kebenaran dan pembelaan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi PAN, Mohamad Sabu semalam turut menegaskan nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar kepada nama lain.

Muhyiddin dua hari lalu mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat agar ia menjadi sebuah gabungan berteraskan kepimpinan Melayu.

Syed Ibrahim dalam pada itu menegaskan, Pakatan Harapan tidak akan mengikuti langkah perjuangan UMNO iaitu memperjuangkan kepentingan kaum Melayu kerana Pakatan Harapan untuk setiap kaum.

“Seperti mana Pakatan Rakyat, ia tidak didasarkan atas pakatan perkauman seperti mana BN. Ia diasaskan atas prinsip-prinsip bersama dan sejagat. Inilah legasi Anwar,” tegasnya.

Bliau turut mengingatkan anggota parti Pakatan Harapan lain tentang ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan bahawa kesepakatan politik Pakatan Harapan merupakan salah satu daripada agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan partinya akan menyertai Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima PPBM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPPBM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd