• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Disaran Tingkat Hasil Contohi Negara Moden

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Para petani disaran mencontohi kejayaan petani di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan bagi meningkatkan hasil pengeluaran, seiring pelaksanaan Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagi mencontohi kejayaan sedemikian, perubahan sikap, cara berfikir, tindakan serta cara bekerja harus seiring untuk menjayakan transformasi pertanian negara.

“Cara inilah yang sedang kita bina dan terapkan sebagai budaya baru di kalangan masyarakat petani.

“Kita tidak mahu golongan petani negara ini yang rata-rata terdiri daripada penduduk luar bandar dan kaum bumiputera ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong di sekitar Sungai Manik dekat sini sempena persiapan pelancaran GTN 2017.

Lebih 100 petani bersama kakitangan agensi di bawah MOA menjayakan program gotong-royong yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir tengah hari tadi.

Tajuddin berkata golongan petani di negara maju itu lebih menumpukan kepada kemahiran pengurusan masa bekerja bagi mencapai sasaran pengeluaran hasil pertanian.

Katanya biarpun kementerian sedar cabaran besar menanti dalam usaha transformasi, namun adalah menjadi hasrat untuk melihat usahawan tani ini menikmati kemakmuran dan kejayaan negara bersama-sama kelompok masyarakat lain daripada sektor perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan.

“Insya-Allah ia akan berjaya sekiranya petani-petani menerima perubahan yang dibawa oleh para pegawai dan agensi di bawah Kementerian Pertanian. Kita hanya mampu membawa program melaksanakan dasar yang sesuai ke arah pencapaian.

“Tapi kalau petani tidak sambutnya, segala pelaksanaan dasar kerajaan, program dan bantuan yang kita bawa tidak sampai matlamatnya,” katanya.

Pelancaran GTN 2017 dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Degong, 15 April nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd