• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Online Universiti Awam Sehingga 5 April

oleh
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Permohonan dalam talian (online) bagi kemasukan universiti awam untuk tahun 2017 akan dilanjutkan sehingga 5 April ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Beliau berkata tempoh permohonan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac itu dilanjutkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengumuman keputusan peperiksaan itu yang agak lewat.

“Ini tentu sekali akan memudahkan pelajar membuat keputusan yang tepat mengenai pilihan program pengajian,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 Zon Utara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Sebanyak 110 pempamer daripada 20 universiti awam, 47 universiti swasta dan 43 agensi terlibat dalam karnival selama dua hari itu.

Nik Ali berkata karnival itu sebagai satu daripada usaha berterusan dalam melahirkan bakat yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.

Beliau berkata penganjuran karnival itu amat penting bagi membantu pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan diploma yang sedang dalam proses mendapatkan maklumat pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi dan mengisi permohonan kemasukan.

“Karnival ini juga adalah ‘one-stop’ untuk pelajar berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej serta para penaja,” katanya.

Karnival kali ke-13 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu bertujuan mempromosi dan menyebarluaskan maklumat program pengajian sedia ada serta program baharu yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti, Bahagian Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta institusi lain bagi sesi akademik 2017/2018. – BERNAMA

Tags: Pendaftaran OnlineUniversiti Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 1,000 Penduduk Kunjungi Pasar Percuma

Next Post

Maut Ditimpa 6 Tan Majalah Porno Koleksi Peribadi

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

25/10/2023
0

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah universiti...

Next Post

Maut Ditimpa 6 Tan Majalah Porno Koleksi Peribadi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd