• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ambil Berat Soal Pemberian Nama Anak

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz mengingatkan ibu bapa muda agar mengambil berat soal memilih nama yang baik kepada anak agar tidak membawa makna yang buruk.

Katanya, perkara tersebut penting kerana ibu bapa akan memanggil anak-anak mereka setiap hari dan setiap panggilan itu adalah satu doa kepada anak.

“Jika nama yang diberi kepada anak membawa makna yang baik maka menjadi sebutan doa yang baiklah oleh ibu bapa buat anak mereka dan begitu jugalah jika sebaliknya,” kata beliau.

Abu Hassan berkata demikian semasa menyampaikan kuliah khas bertajuk “Pembentukan Insan Menurut Pandangan Islam” di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini hari ini.

Katanya, ramai ibu bapa muda sekarang terlalu ghairah memberi nama yang unik atau lain dari yang lain serta lebih moden didengar, tanpa merujuk maknanya terutama apabila disebut dalam bahasa Arab.

“Pemberian nama anak adalah langkah pertama dalam proses pembentukan insan menurut pandangan Islam sebelum memasuki fasa berikutnya iaitu memberi didikan agama kepada anak-anak tersebut,” katanya.

Tegasnya, ibu bapa tidak boleh menjadikan alasan terlalu sibuk menyebabkan mereka tidak boleh memberi perhatian kepada soal berkaitan proses pembesaran anak mereka.

“Jika mereka sendiri tidak mampu memberi bimbingan agama kepada anak, hantarlah anak tersebut belajar dengan mana-mana guru agama berhampiran, selain menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak setiap hari,” katanya.

Abu Hassan berkata fasa berikutnya dalam membimbing anak semasa mereka remaja antaranya menjauhkan sama sekali amalan tidak sihat seperti merokok di hadapan anak kerana ia akan menjadi contoh serta menyebabkan mereka juga ingin mencuba. – BERNAMA

Tags: ibu-bapanama anak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ustazah Didakwa Sembunyi Wang Milik Seorang Guru

Next Post

PAS Kecam DAP Semakin Berani Pertikai Urusan Islam

Related Posts

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

Adilkah Bayar Yuran Penuh Taska Sepanjang PKP?

27/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang masih meminta bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar...

Next Post

PAS Kecam DAP Semakin Berani Pertikai Urusan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd