• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cadang MAHB Sedia Bas Perantara Di LTSAS

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan perkhidmatan bas perantara di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon penyediaan bas tersebut bertujuan menangani beberapa masalah kesukaran ketika waktu hujan.

Katanya sebelum ini Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah meminta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar membina laluan pejalan kaki berbumbung namun belum ada sebarang ketetapan dibuat.

“Maka, saya cadangkan daripada membina laluan pejalan kaki berbumbung mengapa tidak sediakan perkhidmatan bas dari balai pelepasan ke kapal terbang dan sebaliknya ketika waktu hujan untuk mengelakkan penumpang basah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Negeri Perak di sini, hari ini.

Dr Mah berkata kerajaan negeri berharap cadangan itu diberi perhatian demi nasib penumpang.

Berdasarkan statistik, jumlah penumpang di LTSAS tahun lalu adalah seramai 269,601 orang, manakala bagi tempoh dua bulan pertama jumlah penumpang adalah 31,785 orang.

Pada mesyuarat itu, Dr Mah turut mendengar beberapa cadangan dan komen mengenai perkhidmatan pengangkutan awam lain termasuklah perkhidmatan bas dan keretapi. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mah Hang SoonLapangan Terbang Sultan Azlan ShahMAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd