• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaga Parkir Bekal Sijil Sakit Palsu Dijel 18 Bulan

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penjaga tempat letak kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan bersubahat membekalkan sijil sakit palsu hospital kerajaan.

Mohd Nor Izwan Shah Mustapha Kamal, 37, dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan itu, menjadikan jumlahnya 18 bulan.

Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara enam bulan sahaja selepas Majistret Nurulfitriza Abd Latif memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 4 Januari lepas.

Tertuduh didakwa bersubahat dengan tiga individu bagi mendapatkan sijil cuti sakit palsu itu di kawasan tempat letak kereta di Jalan Yamtuan di sini pada 18 April 2016 mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menerima keuntungan bagi mendapatkan sijil cuti sakit palsu tersebut.

Terdahulu, peguam Che Muji Che Noh yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara paling minimum kerana anak guamnya perlu menanggung keluarga dan tiada rekod jenayah lampau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng. – BERNAMA

Tags: palsuPenjaga Parkirsijil sakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd