• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Terkejut Polis Tapah Sasaran Bom Daesh

oleh
27/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Terkejut dan tidak sangka.

Itu reaksi beberapa penduduk di daerah ini berhubung penahanan seorang lelaki setempat yang dipercayai anggota militan Daesh dan merancang mahu melancarkan serangan ke atas balai polis di sini.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, beliau mengetahui tentang perkara itu selepas membaca surat khabar semalam.

“Memang berasa terkejut apabila baca berita pagi tadi (Sabtu), tidak ada angin, tidak ada ribut tiba-tiba balai polis pula hendak diletupkan.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan sebab kalau itu terjadi yang mendapat bahaya adalah penduduk sini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan lagi kawalan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan berjaya mematahkan cubaan melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah susulan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai anggota Daesh.

Baca: Ancaman Daesh Di Tapah – Tiada Kawalan Khas Diambil

Suspek yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan itu dipercayai merancang mahu menggunakan bom kereta.

Dia antara sembilan suspek anggota Daesh berjaya ditahan polis di beberapa lokasi antara 15 Mac hingga Selasa lalu 21 Mac termasuk dua yang berasal dari daerah Tapah.

Peniaga barangan haiwan, K. Kalidas, 52 tahun, berkata berita mengenai serangan Daesh itu amat mengejutkannya.

“Memang takut la masa baca surat khabar pagi… kata ada orang mahu letupkan balai polis Tapah ni sebab kedai saya tidak sampai 100 meter sahaja dari situ.

“Bayangkan kalau pihak polis tidak tangkap segera orang itu, siapa-siapa pun boleh jadi mangsa kalau bukan saya, orang lain akan tercedera,” katanya.

Menurutnya, pada awal pagi Sabtu dia melihat terdapat anggota polis berpakaian lengkap dengan senjata berada di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Namun tidak pasti ia sebagai langkah berjaga-jaga atau bersempena sambutan ulang tahun Hari Polis ke-210 pada Sabtu. – Bernama/HAA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd