• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan MRT Laluan SSP Kini Pada Tahap 5.3 Peratus

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pencapaian keseluruhan pembinaan MRT Lembah Klang bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kini pada tahap 5.3 peratus.

Pengarah projeknya Datuk Amiruddin Ma’aris berkata peratusan itu menepati jadual pembinaan bagi laluan itu.

“Setakat ini, pembinaan berjalan mengikut perancangan sejak bulan lepas. Kerja-kerja pembinaan telah bermula bagi proses penjajaran bertingkat di utara dan selatan, seksyen bawah tanah bagi penjajaran dan perhentian, dan kami mencapai kemajuan baik,” katanya pada taklimat media mengenai projek Laluan SSP di sini, hari ini.

Beliau berkata antara kerja yang sedang dilaksanakan ketika ini bagi seksyen bertingkat adalah pemindahan utiliti, pembersihan tapak, kerja menanam cerucuk, pembinaan penutup cerucuk dan pembinaan ruang tiang.

Bagi kerja-kerja bawah tanah sepanjang 13-km, Amiruddin berkata kerja berjalan lancar pada tahap 6 peratus, antara lain membabitkan pemindahan utiliti, penggorekkan bagi kotak dan aci pacu stesen dan pembersihan mesin penggorek terowong (TBM) serta pembuatan.

“Sebanyak 12 TBM akan digunakan untuk menggorek terowong bagi seksyen bawah tanah Laluan SSP.

“Daripada jumlah itu, lapan ialah mesin terpakai yang telah digunakan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, manakala bakinya ialah empat TBM yang baharu,” katanya.

Amiruddin berkata projek sepanjang 52.2-km itu, melibatkan 26 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah, dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Julai 2022.

“Dengan kemajuan dicapai setakat ini, fasa MRT Laluan SSP di antara Kwasa Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu akan beroperasi menjelang Julai 2021,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amiruddin Ma'aris
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPSTM Tumpu Lahir Usahawan Bersifat Kopetitif

Next Post

Banjir Di Alor Gajah Pulih, Mangsa Dibenarkan Pulang

Related Posts

No Content Available
Next Post

Banjir Di Alor Gajah Pulih, Mangsa Dibenarkan Pulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd