• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Restoran Didakwa Beri Pinjam Wang Tanpa Lesen

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pembantu restoran dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan aktiviti perniagaan pinjaman wang secara haram baru-baru ini.

Di Mahkamah Sesyen, Lai Yon Thong, 28, mengaku tidak bersalah menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen kepada Andy Chow Hon Yin, 31, di Desa Bercham pada 12 hingga 15 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Peminjam Wang 1951 yang jika sabit kesalahan didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahnya menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili peguam Manjit Kaur.

Sementara itu, Lai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyimbah cat merah ke rumah mangsa yang sama pada 20 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Noor Aza Fazrina Sudarman manakala tertuduh diwakili peguam sama, Manjit Kaur.

Kedua-dua mahkamah juga menetapkan kes Lai masing-masing disebut semula pada 25 April ini. – BERNAMA

Tags: Ah LongPinjam Wang Tanpa Lesen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjual Stevia Palsu Boleh Dikenakan Tindakan

Next Post

Hudud Tidak Terpakai Di Sarawak – Abang Johari

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

Next Post

Hudud Tidak Terpakai Di Sarawak - Abang Johari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd