• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 5 Hadapi Pertuduhan Rogol

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk merogol dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu yang sama sekolah dengannya.

Dua lagi pertuduhan ialah melakukan hubungan seks dengan objek dan melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang berumur 13 tahun enam bulan itu tanpa kerelaannya.

Tertuduh yang berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Bagi pertuduhan pertama remaja itu didakwa melakukan kekerasan jenayah iaitu melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa di tangga tingkat 2, sebuah bangunan rumah kedai di Taman Kosas, di sini pada 11.50 pagi, 14 Februari lepas.

Dia juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang sama di tempat, masa dan tarikh sama dan pertuduhan ketiga merogol mangsa di tempat sama pada 12.30 tengah hari pada 15 Februari lepas.

Tiga pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 377CA, Seksyen 377B dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, pelajar itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan niat mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada 11.10 pagi, 13 Februari lepas.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan namun tertuduh yang diwakili peguam Akmal Jusoh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh perlu meneruskan pembelajaran selain akan menjalani peperiksaan minggu hadapan dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes rogolpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd