• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekeliling Lama Tular Konon Bakal Petanda PRU-14

oleh
11/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Susulan tular menerusi media sosial konon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal diadakan tidak lama lagi, Jabatan Penerangan (JaPen) tampil memberi pencerahan isu tersebut.

Menerusi satu kenyataan media di sini, Ketua Pengarah Japen, Datuk Ibrahim Abdul Rahman menyatakan ia sebenarnya pekeliling lama dan merupakan prosedur biasa setiap tahun untuk semua petugas organisasi berkenaan.

Justeru, beliau memohon semua pihak agar mendapatkan maklumat sebenar demi mengelakkan berlaku kekeliruan. Berikut disiarkan kenyataan penuh mengenai isu itu yang mungkin mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen:

Gambar Surat Pekeliling yang sedang tular di media sosial adalah pekeliling dalaman yang saya keluarkan khas kepada anggota Jabatan Penerangan (JaPen) mengenai cuti persendirian/urusan peribadi ke luar negara.

Ia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pekeliling tersebut memerlukan semua anggota Kerajaan memohon kelulusan untuk ke luar negara sama ada tugas rasmi atau pun bercuti persendirian/urusan peribadi.

Surat Pekeliling dalaman JaPen bertarikh 28 Februari 2017 adalah peringatan cuti ke luar negara persendirian/ urusan peribadi bagi mengelakkan anggota JaPen menempah tiket penerbangan untuk ke luar negara dalam waktu Jabatan memerlukan mereka memberikan tumpuan kepada aktiviti Jabatan dan program rasmi kerajaan.

JaPen terlibat dalam aktiviti utama negara seperti Perayaan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, Pertabalan KDYMM SPB Yang DiPertuan Agong serta aktiviti advokasi, engagement serta pemasaran maklumat dasar- dasar kerajaan kepada rakyat.

Adalah tanggungjawab JaPen sejak dahulu membantu Suruhanjaya Pilihan Raya dalam memastikan demokrasi berjalan lancar melalui kempen keluar mengundi, pendidikan tatacara dan kaedah mengundi dalam media dan komunikasi bersemuka menjelang Pilihan Raya Umum.

Di samping itu tanggungjawab hakiki JaPen untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar Kerajaan juga dibuat secara berterusan.

Menjadi kelaziman juga Surat Pekeliling ini dikeluarkan setahun sebelum tamat tempoh Parlimen bagi mengingatkan seluruh anggota Jabatan agar bersiap sedia menghadapi PRU apabila diisytiharkan kelak.

Surat Pekeliling dalaman ini juga dikeluarkan kerana ada anggota JaPen yang menempah tiket kapal terbang setahun lebih awal dari tarikh penerbangan mereka bagi mendapat tambang murah dan apabila cuti mereka tidak diluluskan, mereka merayu dengan memberi alasan bahawa tiket telah ditempah dan tidak boleh ditunda tarikhnya.

Atas kesibukan tugas dan banyaknya program rasmi Jabatan dan Kerajaan, maka Surat Pekeliling membekukan cuti persendirian ke luar negara dikeluarkan khas untuk anggota Jabatan Penerangan SAHAJA. Ia tidak melibatkan semua penjawat awam seperti mana ditularkan.

Namun Surat Pekeliling ini tidak menyentuh cuti dalam negara yang masih boleh dimohon melalui Ketua Bahagian/ Pengarah masing-masing.

Pembekuan ini tidak melibatkan mereka yang mendapat tawaran menunaikan fardu haji atau umrah dan keperluan ke luar negara tertentu masih boleh dipertimbangkan mengikut merit permohonan mereka contohnya kematian keluarga terdekat di luar negara.

Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman
10 Mac 2017

Tags: Jabatan PeneranganPilihan Raya UmumSuruhanjaya Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fahrin Mahu Tambah Anak, Idam Cahaya Mata Kembar

Next Post

KKM Boleh Tanam Mayat Kim Jong-nam Di Malaysia

Related Posts

PRN Johor: SPR, Parti Politik Digesa Tambah Baik Kaedah Undi Pos

30/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400,000 rakyat Malaysia termasuk pengundi...

Kerajaan Taliban Batal Suruhanjaya Pilihan Raya

26/12/2021
0

KABUL: Taliban membubarkan suruhanjaya pilihan raya Afghanistan iaitu sebuah panel yang menyelia pilihan raya ketika pentadbiran yang disokong Barat sebelum...

Next Post

KKM Boleh Tanam Mayat Kim Jong-nam Di Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd