• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Untuk Hadapi Hukuman Bunuh Diteruskan

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Badan kehakiman akan terus menugaskan peguam untuk mewakili mereka termasuk warga asing yang menghadapi dakwaan yang membawa hukuman mati, jika mereka sendiri tidak mampu mengadakan peguam, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

“Jika ia kes hukuman mati, kami (pihak kehakiman) perlu tugaskan (peguam).

“Itu, kerajaan beri keutamaan. Jangan khuatir. Ini nyawa manusia,” kata beliau ketika ditanya sama ada bayaran yuran guaman kepada peguam lantikan mahkamah terjejas akibat potongan peruntukan kepada kementerian-kementerian.

Arifin menyatakan demikian ketika ditemui selepas pelancaran buku ‘coffee table’, ‘Istana Kehakiman Putrajaya Malaysia’ di sini hari ini.

Mereka yang menghadapi hukuman bunuh mesti diwakili peguam.

Di Malaysia, hukuman mati adalah mandatori bagi kesalahan membunuh, mengedar dadah dan kesalahan berkaitan keselamatan.

Adalah dilaporkan, berdasarkan perangkaan Jabatan Penjara, setakat 21 Feb tahun ini, sejumlah 1,122 banduan didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati oleh mahkamah.

Sejumlah 16 banduan – 14 warga Malaysia dan dua asing – telah menjalani hukuman itu antara 2014 dan 21 Feb tahun ini.

Dari jumlah itu, 15 banduan dihukum mati kerana membunuh, sementara seorang lagi kerana jenayah melibatkan senjata api. – BERNAMA

Tags: hukuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

‘Untunglah Orang Kaki Mabuk Di Malaysia Ni…’ – Wazi Abdul Hamid

‘Untunglah Orang Kaki Mabuk Di Malaysia Ni…’ – Wazi Abdul Hamid

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh cub prix negara, Wazi Abdul Hamid tampil meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd