• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Malam Brinchang Berpindah Ke Lokasi Baharu

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Tapak Pasar Malam Brinchang di sini akan dipindahkan ke satu lokasi baharu tahun depan sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya memberi peruntukan awal RM1 juta bagi kerja-kerja pembersihan tapak seluas 2.02 hektar berhampiran Sungai Mensun di sini.

“Saya telah minta Majlis Daerah Cameron Highlands melantik perunding dan projek ini ditender secepat mungkin. Jangkaan kerja pembersihan tanah bermula seawal Jun ini dan siap dalam setahun lagi,” katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan ke sebuah flat perumahan di Brinchang sempena lawatan kerjanya hari ini.

Menurut Noh, sebanyak 300 gerai akan dibina di lokasi baharu tapak pasar malam itu bagi keselesaan peniaga.

“Saya difahamkan tapak pasar malam ini telah tujuh kali berpindah. Jadi kita harap tapak pasar malam yang baharu ini akan menjadi tapak kekal,” katanya.

Pasar Malam Brinchang antara tarikan pengunjung ke kawasan tanah tinggi itu khususnya pada Sabtu dan Ahad.

Dalam lawatan kerjanya itu, Noh turut meluluskan peruntukan RM1.15 juta bagi tiga projek kecil di Tanah Rata iaitu melebarkan jalan masuk ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah; membina tempat letak kenderaan di perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan menaik taraf tandas awam.

Selain itu, beliau turut meluluskan hampir RM700,000 bagi tiga projek penyelenggaraan perumahan. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd