• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Cabar Waris Pemimpin PAS Saman

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Waris Yusuf Rawa dan Fadhil Noor silalah saman saya”. Itu cabaran Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub ke atas ahli keluarga dua bekas pemimpin PAS yang telah meninggal dunia tersebut.

Cabaran itu dibuat susulan keluarga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat laporan polis ke atas PAN pada 25 Mac lalu.

Ini kerana PAN dikesan mempergunakan nama Nik Abdul Aziz untuk mempengaruhi orang ramai menyokong Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

“Mungkin dalam Mesyuarat Bulanan parti minggu depan, saya akan mencadangkan wacana dua orang lagi tokoh besar yang lain iaitu Allahyarham Yusuf Rawa dan Fadzil Noor.

“Saya berharap waris kepada kedua-dua mereka bolehlah bersiap untuk menyaman saya ke mahkamah,” cabarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau bagaimanapun dipercayai berani membuat cabaran itu kerana terdapat ahli keluarga Yusuf Rawa dan Fadzil Noor menyertai PAN.

Salahuddin dalam pada itu menyelar ahli keluarga Nik Abdul Aziz sebagai keluarga yang pelik dan jengkel kerana marah dan risau apabila PAN mahu menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana Nik Abdul Aziz seorang tokoh.

Beliau memberi contoh Universiti Havard mengabadikan nama “JF Kennedy School of Politics”, Oxford mengiktiraf perjuangan Abraham Lincoln dengan “Lincoln’s School of Law” dan Singapura meletakkan nama Lee Kuan Yew di LKY “School of Politics and Foreign Affairs” Universiti Nanyang.

Bagaimanapun, Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz anjuran PAN bukan bersifat ilmiah tetapi mahu memanipulasi kisah hidup Mursyidul Am PAS itu untuk menghasut orang ramai supaya membenci UMNO serta PAS dan menyokong Pakatan Harapan walaupun ia sebuah gabungan pembangkang diketuai parti sekular DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd