• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paderi Jumpa Berlian 706 Karat Serah Kepada Negara

oleh
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FREETOWN – Emmanuel Momoh, seorang paderi di Sierra Leone dilaporkan menemui sebutir berlian sebesar 706 karat, yang dipercayai paling besar di dunia untuk rekod tahun ini.

Permata itu dijumpai di Kono, wilayah timur negara Afrika itu kira-kira 361 kilometer dari ibu kota Freetown. Agensi berita antarabangsa Reuters berkata, gambar berlian itu dimuat naik pejabat presiden sejak minggu lalu.

Berdasarkan beberapa sumber pemerintah, ia kini disimpan di bank pusat Sierra Leone selepas seorang pegawai tempatan di Kono yang mewakili Momoh menyerahkan berlian tersebut kepada Presiden Ernest Bai Koroma.

Pihak berkuasa Sierra Leone berhasrat melelong batu permata itu. Dalam satu kenyataan, Karoma mengucapkan terima kasih kepada pegawai setempat apabila tidak cuba menyeludup berlian itu untuk dijual di pasaran gelap.

Ini kerana sejarah pernah mencatatkan bahawa berlian telah memicu perang saudara di negara miskin itu, yang hanya berakhir pada 2002 lalu, selepas berjaya mengorbankan kira-kira 50,000 nyawa orang awam tidak berdosa.

Di wilayah timur negeri itu, militan pemberontak dilaporkan sering memaksa ramai penduduk tempatan untuk melombong bijih batu bagi mendapatkan permata. Dana yang diperoleh itu digunakan untuk pembelian senjata.

Keadaan konflik itu kemudian mewujudkan istilah ‘berlian darah’ apabila ramai cedera atau maut kerana dikerah oleh pemberontak untuk mencari permata yang boleh dijual bagi kepentingan kumpulan bersenjata tersebut.

Baca: Berlian Terbesar Dalam 100 Tahun Dengan 1,111 Karat

Juga: Berlian 100 Karat Paling Sempurna Dijual RM80 Juta

“Presiden Koroma menggariskan kepentingnya usaha penjualan berlian, karana itu yang dikehendaki si penemu permata dan diharap bakal membawa keuntungan bagi bangsa,” demikian kenyataan pihak pemerintah.

Batu bersaiz raksasa itu belum diketahui harganya secara pasti, namun diyakini nilainya boleh mencapai jutaan dollar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan rekod penjualan beberapa berlian yang sedemikian rupa sebelum ini.

Pada tahun 2003, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memansuhkan larangan eksport berlian dari negara ini di sebalik aktiviti penyeludupan masih berleluasa dan gagal dibanteras pihak berkuasa kerana kelemahan integriti.

Dana Matawang Antarabangsa (IMF) menjangkakan Sierra Leone mampu mengeksport berlian bernilai AS$113 juta (kira-kira RM500 juta) sepanjang tahun ini, jumlah agak kecil berbanding negara pengeluar lain seperti Angola.

Sekalipun ukuran saiz berlian ini tergolong antara terbesar di dunia, namun penemuan tersebut dianggap masih lagi kecil dibandingkan dengan berlian masyhur, Cullinan yang dijumpai di Afrika Selatan pada tahun 1905 lalu.

Berlian tersebut dicatat memiliki berat 3,106 karat, sebelum dipotong dalam beberapa pecahan kecil. Dua potongan terbesar kemudian menjadi sebahagian daripada batu perhiasan untuk mahkota raja British pada ketika itu.

Selain itu, sebutir berlian sebesar 1,111 karat dengan saiz seperti bola tenis pernah ditemui di sebuah lombong di Botswana pada 2015, namun gagal dilelong mengikut harga pasaran di AS tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berlian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd