• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Wilayah Beri Peringatan Kepada Malaysiakini, FMT

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur dua buah portal pro pembangkang ekoran mengeluarkan tajuk berita yang jelas mengelirukan pembaca.

Beliau berkata, kedua-dua portal tersebut ialah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Menurutnya, fatwa terbaharu yang dikeluarkan pejabat mufti telah dikelirukan dua portal berita tersebut dengan menggunakan tajuk kontroversi ‘Pejabat Mufti: Jangan Khalwat Dalam Teksi, Uber dan Grabcar’.

Tegasnya, jika pembaca hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.

Mufti Wilayah Beri Peringatan Kepada Malaysiakini, FMT

Selain itu katanya, ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya.

Teguran yang dibuat melalui media sosial Facebook peribadinya itu juga menjelaskan persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti itu yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu dihuraikan.

“Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian pejabat​ mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama.

“Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today,” demikian teguran dibuat melalui sumber sama.

Sehubungan itu, pejabat mufti Wilayah Persekutuan menyeru kepada Malaysiakini dan FMT untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan.

Hal demikian katanya kerana kebanyakan laporan-laporan yang diterbitkan kedua-dua dua portal tersebut berkenaan pejabat ufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FMTMalaysiakiniMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd