• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium Perlombongan Bauksit Dilanjutkan

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang dilanjutkan tiga bulan lagi iaitu sehingga 30 Jun, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pelanjutan moratorium yang dipersetujui Jemaah Menteri itu diputuskan selaras dengan persetujuan kerajaan Pahang.

“Ia akan memberi ruang kepada pengusaha mengosongkan baki stok dan menyediakan langkah mitigasi pencemaran di semua rantaian perlombongan dan pengeksportan bauksit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Moratorium perlombongan bauksit bermula pada 15 Jan tahun lepas bagi mengawal isu pencemaran akibat aktiviti tersebut dan disambung beberapa kali dengan yang terkini bakal berakhir pada 31 Mac ini.

Wan Junaidi berkata baki bauksit sebanyak 2.15 juta tan metrik masih berada di sekitar Kuantan, Pahang.

Katanya hanya 3.25 juta tan metrik bauksit sahaja telah dieksport melalui Pelabuhan Kuantan dan Kemaman, Terengganu sehingga 28 Feb lepas.

Wan Junaidi dalam pada itu berkata kementerian telah dimaklumkan masih terdapat aktiviti perlombongan di luar waktu penguatkuasaan.

Sehubungan itu, katanya, kementeriannya akan bekerjasama dengan kerajaan Pahang dan semua agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengusaha perlombongan haram berkenaan. – BERNAMA

Tags: bauksitDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd