• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium Bauksit Mungkin Disambung – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Moratorium bagi perlombongan bauksit yang dijadual berakhir 31 Mac ini mungkin disambung tiga bulan atau lebih lama lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata penyambungannya diperlukan kerana lumpur merah dari kawasan simpanan bauksit masih mengalir ke kawasan berdekatan Pelabuhan Kuantan semasa musim hujan.

Namun keputusan untuk menyambung bergantung kepada keputusan Kabinet, katanya.

“Kita akan melapor kepada Kabinet dan lihat apa kata Kabinet,” katanya kepada Bernama hari ini.

Untuk rekod, moratorium perlombongan bauksit bermula pada 15 Jan tahun lalu dan dipanjangkan beberapa kali dengan yang terakhir bakal tamat pada 31 Mac ini.

Ditanya sama ada moratorium akan disambung selama tiga bulan, Wan Junaidi berkata: “Saya akan fikirkan mengenainya. Mungkin lebih daripada tiga bulan”.

Beliau berkata Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah mengarahkan setiap pihak bukan sahaja kerajaan perlu menutup kembali lubang yang telah digali untuk melombong.

“Ini memerlukan setiap pihak yang berkaitan untuk bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini. Ini kerana sesetengah tanah persendirian terletak di luar
akses kementerian kerana ia milik persendirian atau syarikat,” katanya.

Semalam Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi petunjuk moratorium perlombongan bauksit dijangka disambung tiga bulan lagi. – BERNAMA

Tags: bauksitDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd