• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOA Gesa Belia Rebut Geran Program Agropreneur Muda

oleh
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Hanya 10 peratus daripada RM100 juta geran yang diperuntukkan bagi Program Agropreneur Muda digunakan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata jumlah itu agak membimbangkan kerana ia menunjukkan bidang pertanian belum menjadi pilihan utama golongan muda.

“Kita mahu golongan belia rebut peluang untuk mendapatkan dan menggunakan geran tersebut.

“Tahun ini, seramai 3,000 belia disasarkan untuk dibangunkan menerusi Program Agropreneur Muda sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agropreneur Muda Parlimen Baling di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Puteri Baling Suriyati Che Nik dan kira-kira 200 peserta seminar itu.

Tajuddin berkata antara langkah proaktif MOA adalah dengan menarik penglibatan belia di negeri-negeri yang mempunyai potensi tinggi dalam sektor pertanian.

“Baling adalah kawasan berpotensi tinggi dalam bidang pertanian. Untuk itu, kita mahu golongan belia di kawasan ini menggunakan peluang itu dengan menerokai bidang ini yang mampu memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

Sebagai langkah awal, katanya seramai 72 Agropreneur Muda di Parlimen Baling mendapat bantuan geran berjumlah RM1.2 juta melalui program itu.

Menurutnya program Agropreneur Muda yang dilaksanakan dari September 2013 hingga Disember 2016 dengan jumlah bantuan sebanyak RM62.88 juta telah memberi manfaat kepada 2,032 usahawan muda pertanian di seluruh negara.

Sementara itu, Tajuddin menegur pihak pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di beberapa kawasan tertentu yang gagal membantu memasarkan pengeluaran petani seperti mana yang dijanjikan.

“Kita menerima aduan daripada petani dari beberapa kawasan mengenai pengurusan FAMA. Saya akan lihat perkara ini dengan serius kerana sekiranya ia berterusan, ia akan membunuh semangat petani untuk mengusahakan keluaran mereka,” katanya.

Seorang penerima geran itu, Mohd Shafie Ishak, 37, yang mengusahakan tanaman durian belanda berkata bantuan sebanyak RM10,000 itu membolehkannya membeli 300 benih pokok durian belanda bagi tapak projek di Kampung Cherok Beras. – BERNAMA

Tags: AgropreneurMOAPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd