• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Messi Digantung 4 Aksi Kelayakan Piala Dunia

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH – Lionel Messi digantung empat perlawanan kelayakan Piala Dunia buat Argentina bermula perlawanan menentang Bolivia awal pagi esok.

Messi digantung kerana ‘mengeluarkan perkataan menghina kepada pembantu pengadil’ ketika saingan kelayakan berdepan Chile Khamis lalu, kata FIFA sejam sebelum sepak mula di La Paz.

“Keputusan ini seiring dengan peraturan Jawatankuasa Disiplin FIFA berkaitan kes yang sama sebelum ini,” kata badan induk bola sepak dunia itu. Messi dan Persekutuan Bola Sepak Argentina boleh merayu terhadap penggantungan FIFA itu.

Tonggak Barcelona ini juga turut didenda 10,000 Swiss francs (AS$10,160 atau RM44,842). FIFA campur tangan apabila insiden berkenaan dilaporkan oleh pengadil Brazil selepas kemenangan 1-0 Argentina di Stadium Monumental dekat Buenos Aires.

Ia dikira sebagai kesalahan kad merah buat Messi, yang menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi penalti pada babak pertama. Televisyen menunjukkan Messi bertindak dengan marah pada penghujung perlawanan apabila pembantu pengadil mengangkat bendera kerana dia melakukan kesalahan.

Pemain ini mengangkat tangan dan mengeluarkan perkataan menghina pegawai dari Brazil itu.

Selepas perlawanan, Messi enggan berjabat tangan dengan pembantu pengadil yang tidak mempedulikannya itu.

Messi akan terlepas perlawanan Argentina menentang Uruguay (31 Ogos) dan aksi berdepan Venezuela di laman sendiri pada 5 September serta pertemuan dengan Peru pada 5 Oktober. – AP

Tags: Lionel Messi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd