• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merkuri Tumpah Di Makmal Sekolah Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang hari ini, mengambil masa 30 minit untuk membersihkan tumpahan merkuri di makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1 tengah hari tadi, walaupun kejadian dipercayai berlaku petang semalam.

“Tumpahan merkuri berlaku apabila pembantu makmal yang sedang melakukan kerja pembersihan secara tidak sengaja telah menjatuhkan satu termometer menyebabkannya pecah.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kerana semasa kejadian hanya seorang guru sains dan pembantu makmal berada di makmal berkenaan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Hilmi Kashfi berkata lima anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi pembersihan dilakukan dengan menggunakan sulfur dan cecair peluntur bagi memastikan sisa tumpahan dibersihkan sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: BombaMerkuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd