KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berdiri teguh di belakang kerajaan Malaysia dalam berhadapan konflik dengan Korea Utara.
Naib Pengerusnya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan Korea Utara melarang rakyat Malaysia keluar dari negara itu keterlaluan dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan norma-norma diplomatik.
“MCPF berdiri teguh di belakang kerajaan Malaysia untuk mendesak supaya rakyatnya di Korea Utara kekal selamat dan tidak diapa-apakan dalam apa jua cara,” katanya di sini hari ini.
Lam Thye turut menyeru kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara.
“Kerajaan perlu lakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan mereka dapat pulang dengan selamat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

