• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Lemas Di Pantai Sg. Karang Dijumpai

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat mangsa lemas di Pantai Sungai Karang, Beserah, petang semalam, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira 500 meter dari kawasan kejadian 10.30 pagi ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Kapten Maritim Khoo Teng Chuan berkata mayat Harmizan Mutalib, 16, dijumpai orang awam ketika melalui kawasan kejadian sebelum memaklumkannya kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sebaik menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 6.10 petang semalam dan bersambung semula 7 pagi tadi melibatkan 66 anggota daripada pelbagai agensi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Khoo, semasa operasi, anggota SAR terpaksa berdepan dengan cuaca hujan selain ombak besar antara 2.5 hingga 3.5 meter dan tiupan angin antara 40 hingga 50 km/jam.

Berikutan itu, beliau turut menasihati orang awam supaya mengelakkan daripada mandi di kawasan pantai berkenaan sehingga ke kawasan Cherating terutama dalam keadaan ombak besar kerana ia berbahaya.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, sekumpulan 17 pelajar Sekolah Menengah Beserah dilaporkan ke pantai berkenaan untuk bersiar-siar selepas menyertai aktiviti sekolah.

Empat daripada mereka kemudian dilaporkan turun ke laut untuk mandi sebelum kelihatan terkapai-kapai tidak lama selepas itu, yang kemudian disedari oleh rakan-rakan yang berada di tepi pantai.

Mereka berjaya menyelamatkan dua daripada mangsa, bagaimanapun dua lagi rakan mereka iaitu Hamizan dan Wan Zulkairie Abdullah, 14, dihanyutkan arus.

Mayat Wan Zulkairie berjaya ditemui 6.45 petang semalam oleh pasukan SAR kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian dan dibawa ke HTAA untuk dibedah siasat.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah yang berkenan berangkat ke Unit Forensik HTAA untuk menziarahi ibu mangsa, Fadhilah Abu Bakar, 35. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki Mencuri Dalam Masjid Di Ipoh

Next Post

7 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Pututan

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

7 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Pututan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd