• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kim Jong-nam Masih Di HKL – Dr. Subramaniam

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mayat Kim Jong-nam masih berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata mayat abang pemimpin Korea Utara itu akan kekal di bawah tanggungjawab kementeriannya sehingga dimaklumkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

“Mereka sedang berbincang dan apabila perbincangan itu se esai serta mencapai satu keputusan, mereka akan keluarkan arahan selanjutnya kepada Kementerian Kesihatan mengenai apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian, di sini hari ini.

Mengenai laporan media semalam bahawa mayat itu telah dibawa keluar dari IPFN, Dr. Subramaniam berkata beliau tidak tahu-menahu mengenainya.

“Setakat yang saya tahu mayat itu ada di HKL. Mengenai ia diserahkan kepada pihak lain, jawapannya ialah tidak,” katanya.

Dr. Subramaniam yang turut menafikan khabar angin bahawa mayat Jong-nam telah dibakar, berkata kementerian tidak boleh berbuat demikian tanpa arahan atau kebenaran daripada pihak bertanggungjawab.

“Kami sudah menunggu waris sejak sekian lama. Malangnya mereka tidak tampil untuk memberitahu kami bagaimana mayat itu harus diuruskan dan sekarang Kementerian Luar sedang mencari penyelesaian untuk langkah selanjutnya,” kata beliau.

Ditanya berapa lama kementeriannya akan simpan mayat itu, beliau berkata mereka tidak mengikut prosedur biasa berhubung pengendalian mayat yang tidak dituntut dalam kes ini memandangkan ia isu sensitif melibatkan negara lain.

“Kami akan cuba menyimpannya sehingga kami memperoleh penyelesaian menyeluruh terhadap masalah ini,” katanya.

Ditanya sama ada kementerian akan melakukan pengawetan kali kedua ke atas mayat Jong-nam susulan dakwaan ia mengalami pereputan, Dr. Subramaniam berkata keputusan itu akan dibuat oleh jabatan forensik.

Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu oleh dua wanita menggunakan agen saraf yang sangat bertoksik VX.

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Anjur Debat ‘Kit Siang Pengamal Politik Rasis’

Next Post

Malaysia, Perancis Bincang Jet Pejuang Rafale

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

Next Post

Malaysia, Perancis Bincang Jet Pejuang Rafale

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd