• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Ditimpa 6 Tan Majalah Porno Koleksi Peribadi

oleh
04/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Belum pernah berlaku peminat majalah lucah maut ketika baca penerbitan tidak bermoral itu, malah pembacanya; yang tentunya lelaki, jarang kelip mata atau sakit jantung akibat hobi itu.

Namun, kisah tragik yang menimpa seorang pengumpul majalah pornografi di Jepun akibat dihempap enam tan bahan bacaan erotik tersebut bukan sahaja lucu, malah cukup pengajaran kepada penggemar tegar penerbitan itu.

Media tempatan melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 50 tahun dan masih bujang ditemui mati ditimpa kira-kira 6,000 kilogram majalah lucah yang dikumpulnya sejak muda mencetuskan gempar di negara tersebut.

Lebih malang, mayat mangsa hanya baharu ditemui setelah pemilik apartmen terpaksa memecah masuk kediaman disewakan kepada lelaki tersebut kerana hairan sudah lebih enam bulan dia tidak pernah membayar sewa rumah.

Pemilik berkenaan kemudian memanggil seorang pekerja pembersihan untuk membuang ‘segunung’ majalah lucah di rumah berkenaan secara senyap agar tidak dilihat jiran bersebelahan dan juga menutup aib keluarga mendiang.

Pekerja terbabit memberitahu pihak media setempat bahawa mangsa adalah bekas pekerja kilang pembuatan kereta yang hanya dikenali dengan nama Joji tetapi dia tidak pasti sama ada mendiang mengalami serangan sakit jantung.

Baca: Playboy Mula Kembali Siar Foto Model Telanjang

Juga: Playboy Tampil Wanita AS Muslim Berhijab

Ini kerana berdasarkan corak penemuan mayat, puluhan ribu nashkah majalah lucah itu ditemui kemas bersusun rapi dan menunjukkan kemungkinan mangsa tiba-tiba rebah sebelum melanggar timbunan bahan bacaan tersebut.

Justeru, dia berpendapat bahawa tidak logik timbunan majalah pornografi itu jatuh akibat ditiup angin kencang lalu menimpa mendiang memandangkan mangsa menyusun dengan elok semua majalah lucah secara berlapis-lapis.

Bagaimanapun, pekerja itu mendakwa tidak pernah dengar mangsa jerit kuat untuk meminta pertolongan kerana mungkin mendiang malu rahsianya terbongkar jika ditemui sedemikian rupa atau sudah mati selepas dihempap.

Media tempatan melaporkan, setiap sudut di apartmen yang disewa oleh Joji penuh dengan pelbagai judul majalah porno termasuk edisi keluaran khas serta ia diletakkan kemas secara bertingkat-tingkat di atas meja dan rak buku.

Selepas tamat operasi pembersihan kediaman tersebut, syarikat pekerja itu mendapati berat keseluruhan semua majalah erotik koleksi mangsa berkenaan yang dipindahkan keluar adalah enam tan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: erotiklucahpornografi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

Wong Shu Qi Dakwa Cina Suka Pornografi Satu Penghinaan

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang mendakwa orang Cina lebih faham jika menggunakan contoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd