• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Ulangi Nasihat Guru Usah Sertai Daesh, Militan

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengulangi ingatan agar para guru di negara ini tidak membabitkan diri dengan sebarang kegiatan Daesh atau kumpulan militan lain.

Katanya golongan guru tidak harus membiarkan diri mereka terpengaruh dengan mudah dakyah yang disebar oleh kumpulan berkenaan menerusi media sosial.

“Sebagai guru, kalian sepatutnya tahu mana yang baik mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan khas kerajaan persekutuan kepada sekolah Cina berjumlah RM3.64 juta, melibatkan 68 sekolah di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong, di sini hari ini.

Pada sebelah pagi di Bintulu, beliau menyampaikan bantuan serupa berjumlah RM5.4 juta untuk disalur kepada 112 sekolah Cina di Sibu, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Mengulas langkah kementerian menghantar 400 guru agama ke negeri ini, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Guru agama ini akan mengisi kekosongan di negeri ini. Sebelum ini kami cuba mengambil guru agama tempatan namun kurang mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berharap lembaga pengelola sekolah Cina terbabit akan memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diberi.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan persekutuan akan terus membantu sekolah terbabit pada tahun-tahun mendatang. – BERNAMA

Tags: DaeshDatuk Seri Mahdzir KhalidKumpulan Militan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Syukri Yahaya Kena Kencing Tikus

Next Post

Perak Pertama Tempatkan SPRM Di Pejabat MB

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Perak Pertama Tempatkan SPRM Di Pejabat MB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd