• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LZS Sasar RM700 Kutipan Zakat Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
06/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat RM700 juta tahun ini, berbanding RM673.7 juta pada tahun lepas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata sasaran itu diambil kira berdasarkan faktor peningkatan kesedaran masyarakat dalam menunaikan zakat setiap tahun.

“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai ekoran pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat melebihi sasaran iaitu RM673.7 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2015) dengan hanya RM627.2 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah kutipan zakat pada tahun lepas, RM651.5 juta adalah daripada zakat harta, sementara RM22.2 juta menerusi zakat fitrah.

Mohamad Adzib berkata jumlah pengeluar zakat harta bagi 2016 turut meningkat 4.5 peratus, iaitu seramai 267,431 orang berbanding 256,001 orang pada 2015.

“Daripada jumlah itu (pengeluar zakat pada 2016), 40,879 orang merupakan pembayar baharu zakat harta di LZS,” katanya.

Selain itu, beliau berkata untuk tahun ini, LZS turut menyasarkan agihan wang zakat RM670 juta kepada golongan yang layak termasuk fakir dan miskin.

Beliau berkata pada tahun lepas, LZS mengagihkan wang zakat RM697.5 juta iaitu peningkatan 3.2 peratus daripada RM676 juta pada tahun sebelumnya.

Bagi asnaf fakir, katanya mereka yang layak menerima bantuan pada tahun lepas ialah 13,522 keluarga manakala bagi asnaf miskin 32,978 keluarga, dengan jumlah keseluruhan penerima zakat asnaf adalah 46,500 keluarga. – BERNAMA

Tags: Lembaga Zakat Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Polis Minta Dibicara Atas Tuduhan Rasuah

Next Post

Jualan Air LAP Meningkat Kepada RM336.98 Juta

Related Posts

LZS Nafi Tuduhan Fitnah Kurang Ajar Terhadap Asnaf

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan tuduhan berunsur fitnah seorang lelaki yang mendakwa pegawai LZS bersikap kurang ajar...

LZS Peruntuk RM10 Juta Bagi Bantuan Golongan Pertengahan

16/12/2018
0

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan kira-kira RM10.1 juta bagi bantuan persekolahan dan bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi...

Next Post

Jualan Air LAP Meningkat Kepada RM336.98 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd