• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIMA’17: Belia Main Peranan Penting Selaras TN50

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Penyertaan belia dalam pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) tahun ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan industri pengangkutan dan pertahanan selaras dengan dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 500 belia dari pelbagai institusi telah telah menawarkan diri dan satu forum dialog akan diadakan untuk merancang dan mengkaji isu pertahanan dan pengangkutan.

“Bagi saya secara peribadi, kemuncak LIMA’17 ialah penyertaan belia yang pada 2050 akan menjadi kumpulan yang menerajui negara dan rantau ini,” katanya pada upacara dengan pengamal media di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hishammuddin berkata acara kemuncak lain LIMA’17 antaranya ialah peluang untuk mengkaji senario geopolitik dengan penyertaan Panglima Tentera Udara dan Penglima Tentera Laut dari pelbagai negara.

“Kesempatan semua Laksamana dan Panglima Tentera Udara tampil bersama untuk berbincang mengenai hala tuju masa depan adalah satu lagi kemuncak LIMA’17.

“Ia bukan sahaja tentang aset dan kehadiran fizikal tetapi juga mendapat ideas, membina hubungan dan berkongsi amalan terbaik dalam landskap global yang diselubungi ketidakpastian,” kata beliau.

Sementara itu, Hishammuddin berkata LIMA’17 telah mengesahkan penyertaan 555 pempamer dari 36 negara berbanding 512 pempamer pada edisi lepas dan lebih 180,000 pelawat dari seluruh dunia dijangka mengunjungi pameran itu.

Beliau berkata pihak penganjur juga cuba untuk merapatkan jurang antara penyertaan industri penerbangan komersial dan tentera dalam acara dwitahunan itu.

“Sekarang kita bercakap mengenai penyertaan 65-35 antara industri ketenteraan dan komersial dan menjelang LIMA akan datang, kita berharap penyertaan 50-50 antara pemain industri penerbangan komersial dan tentera,” kata beliau.

LIMA’17 akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac dan tahun ini memasuki edisi ke-14 dalam sejarahnya selama 27 tahun dan dijangka menjadi pameran terbaik dan terbesar sehingga kini. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinLIMA'17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd