• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga FAM: Felcra FC-UM Terus Kerjasama Tingkat Prestasi

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak Felcra FC meneruskan kerjasamanya dengan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) khususnya dalam bidang sains sukan dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan tersebut.

Timbalan Presiden Felcra FC, Datuk Hazian Murad berkata kerjasama yang memasuki tahun kedua itu diharap dapat memberi manfaat kepada pasukan itu yang kini beraksi dalam Liga FAM.

Menurutnya, kepakaran sains sukan yang dimiliki UM diharap dapat membantu skuad bimbingan Yusri Che Lah itu mencapai sasaran layak ke Liga Perdana musim depan.

“Saya bangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama Pusat Sukan UM. Segala kemudahan dan bantuan yang diberikan pusat ini dalam meningkatkan prestasi pemain Felcra amat kami hargai.

“Bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang sains sukan daripada sebuah universiti terkemuka di Malaysia merupakan peluang terbaik buat pasukan yang bertanding di Liga FAM seperti kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Malam Anugerah Sukan UM 2016 di sini, semalam.

Sementara itu, Hazian berkata satu kem motivasi telah diadakan bagi menyuntik semangat serta membina keyakinan pemain Felcra FC sebagai sebahagian daripada kerjasama yang dimeterai.

“Beberapa pensyarah berpengalaman daripada UM dijemput bagi mengendalikan kem motivasi di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai usaha kita memberi semangat kepada pemain untuk berjaya pada Liga FAM musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin Felcra FC berada pada landasan tepat dalam misi melayakkan diri ke Liga Perdana 2018 walaupun mengalami permulaan musim yang kurang baik dalam kempen Liga FAM.

Felcra FC kini menduduki tangga keempat Liga FAM dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan dengan dua kemenangan, satu kalah dan satu seri. – BERNAMA

Tags: Felcra FCLiga FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Felcra FC Ada Masa Sahkan Penyertaan Liga-M

23/10/2018
0

SHAH ALAM – Naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC mempunyai masa sehingga 15 November ini untuk mengesahkan penyertaan mereka...

Tiada Untung, Skuad Felcra FC Terpaksa Dibubar

20/10/2018
0

Biarpun mempamerkan aksi memukau dalam saingan Liga Premier 2018, menyaksikan Felcra FC berjaya 'dinaikkan pangkat' beraksi dalam Liga Super musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd