• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Kes Hina Terhadap Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di sebuah restoran di kawasan Dataran Perpaduan Bercham Raya, Ulu Kinta, Ipoh, Perak, kira-kira 11.30 malam tadi.

Beliau berkata polis kontinjen Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 11.20 pagi semalam berkenaan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

“Kenyataan jelik yang dimuat naik itu boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada penahanan itu, polis merampas sekeping sim kad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki tersebut bagi membuat kenyataan jelik itu.

Beliau berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya polis Johor, sehubungan itu, menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan kenyataan-kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Polis juga tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat, katanya. – BERNAMA

Tags: hina sultanlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd