• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ganggu Pelajar Dalam LRT Diserah Kepada Polis

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa menggangu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut sebuah universiti swasta.

“Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian diguna untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.

“Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.

Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.

Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

“Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.

“Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel. – BERNAMA

Tags: Ganggu PelajarLRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAN Dakwa Dunia Ketawa Malaysia ‘Setel’ Korea Utara?

Next Post

Malaysia Dapat Undian Selesa Piala Sudirman

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Malaysia Dapat Undian Selesa Piala Sudirman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd