• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Cederakan, Ugut Bekas Teman Wanita

oleh
13/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Perak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah ke atas bekas teman wanitanya Disember tahun lepas.

Tertuduh Voon Chee Wai, 48, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah.

Mengikut kertas pertuduhan, Voon didakwa sengaja menyebabkan cedera kepada Chang Yoke Yee, 42, di dalam sebuah bilik Hotel Kinta Riverfront di sini, pada 18 Dis kira-kira 2.45 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Voon didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Chang dengan menarik tangan beliau dan memaksa masuk ke dalam lif sehingga mendatangkan ketakutan kepada wanita itu di lif hotel berkenaan kira-kira 3.40 pagi pada hari yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Siti Hanum membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 April..

Mahkamah turut memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak mengganggu seorang saksi yang juga pengadu.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sally Chay Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Gill. – BERNAMA

Tags: Kes UgutVoon Chee Wai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dakwa Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan individu mendakwa dirinya diugut dalam siasatan suruhanjaya...

Pengusaha Vape Dakwa Diugut ‘Datuk’, Pegawai SPRM

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd