• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 29,000 Dapat Pekerjaan Menerusi Program Kerajaan

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pelbagai program yang dilaksana kerajaan negeri berjaya membantu 29,453 rakyat Sabah mendapat pekerjaan dalam tempoh lima tahun lalu, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata melalui program Memperkasa Modal Insan-Belia Bersama Majikan menerusi Unit Sabah Job Centre menyaksikan 4,756 orang mendapat kerja manakala Sistem Job Portal membantu 24,679 orang dengan kebanyakannya belia.

“Kerajaan peka dengan keperluan golongan belia dan sentiasa memberi galakan supaya mengikut pelbagai program dan latihan kerjaya yang memberikan manfaat kepada belia seterusnya mengurangkan masalah pengangguran di Sabah” katanya pada perasmian Program Memperkasa Modal Insan-Belia Bersama Majikan peringkat Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga giat bekerjasama dengan swasta bagi mengadakan pelbagai program latihan kemahiran atau separa mahir bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran belia tempatan.

Mengulas lanjut, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, berkata isu penghijrahan belia ke Semenanjung atau luar negara untuk bekerja perlu dilihat secara menyeluruh, khususnya kesan kepada keperluan sumber manusia di Sabah.

“Penyebab utama penghijrahan ialah desakan kehidupan dan ekonomi, namun golongan belia diingatkan agar tidak memilih pekerjaan sehingga menjejaskan masa depan sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran” katanya lagi.

Sindrom terlalu memilih pekerjaan ini harus dihindari bagi mengelak kemasukan pekerja asing yang memberi kesan negatif kepada perkembangan sosial dan ekonomi negeri, kata Hamisa. – BERNAMA

Tags: pekerjaanSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRSM K.Kangsar Kini Dikenali MRSM Sultan Azlan Shah

Next Post

#KidsNews: Bintang Pop Ulul Albab

Related Posts

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

#KidsNews: Bintang Pop Ulul Albab

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd