• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Penduduk Kunjungi Pasar Percuma

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Lebih 1,000 penduduk sekitar Kuala Nerus hadir ke pasar percuma anjuran Persatuan Industri Asas Tani Negeri Terengganu (PIAT) hari ini, bagi mencari pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Mereka sudah berkumpul di tapak pasar tani Kampung Baru Seberang Takir di sini seawal pukul 8.30 pagi untuk memilih sendiri barangan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul turut hadir membantu orang ramai memilih saiz pakaian yang sesuai serta mengagihkan barangan dapur percuma seperti beras dan minyak masak.

Ahmad Razif ketika ditemui pemberita berkata beliau mahu pasar percuma seperti itu diadakan lebih kerap lagi pada masa akan datang kerana dapat membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan mereka yang berkemampuan.

“Saya kagum dengan inisiatif PIAT ini kerana ia melibatkan gabungan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama jabatan dan agensi kerajaan tanpa melibatkan kewangan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Presiden PIAT, Ahmad Azra Mohd Norawi berkata pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk memberi barangan yang sesuai seperti baju, pakaian persekolahan, keperluan kanak-kanak dan bayi termasuk lampin pakai buang.

“Jika ada yang memberi wang tunai pula, kita akan membeli barangan dapur seperti beras, minyak dan tepung, malah hari ini ada yang menyumbang pelbagai jenis makanan seperti kuih muih untuk penduduk yang layak,” katanya.

Bagi seorang warga emas, Hodijah Mamat, 64, beliau datang ke pasar itu bersama dua cucunya untuk mencari pakaian yang sesuai.

“Memang seronok datang sini, macam-macam baju dan seluar ada, ramai tolong bantu pilih saiz untuk cucu, harap lepas ini buat lagi pasar macam ini,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan kerajaan negeri seperti dana raya dan dana wang persekolahan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Che Ta Dikecam Netizen Kerana Perkataan ‘Betina’

Next Post

Permohonan Online Universiti Awam Sehingga 5 April

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Permohonan Online Universiti Awam Sehingga 5 April

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd