• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai dan pihak media berhenti daripada membuat spekulasi tidak berasas berhubung kes penculikan paderi Raymond Koh Keng Joo di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, orang ramai diminta memberi kepercayaan penuh, masa dan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka menyiasat kes tersebut.

Katanya, terdapat pelbagai spekulasi dan tuduhan dibuat berhubung penculikan Keng Joo dan PDRM menjadi sasaran kecaman kononnya tidak berbuat apa-apa berhubung kes tersebut.

“Kami memahami penderitaan ahli keluar dan menghargai perhatian orang ramai. Bagaimanapun perlu difahami dalam setiap kes penculikan meletakkan nyawa dalam risiko.

“Penyiasatan dalam kes seperti ini bersifat rumit dan sentiasa ada risiko yang serius ke atas nyawa. Justeru, polis perlu bertindak dengan sangat berhati-hati dan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Joo dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 pada 13 Februari lalu.

Mangsa kali terakhir dilihat memandu kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D seorang diri semasa kejadian.

Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) didakwa memaparkan penculikan paderi itu turut tersebar di media sosial.

Khalid berkata, pihak polis perlu mengelak daripada membuat kenyataan tergesa-gesa yang boleh merumitkan siasatan kes itu kerana yang lebih penting adalah keselamatan mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KPNPaderi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd