• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Perlu Belajar Hormati Negara Lain

oleh Ahmad Albab
05/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan Korea Utara agar belajar menghormati negara lain serta mengambil kira kepentingan warga antarabangsa dalam penyelesaian isu kematian Kim Jong-nam.

Katanya Korea Utara tidak boleh melihat kes kematian Kim Jong-nam sebagai isu dalaman negara berkenaan semata-mata kerana ia turut membabitkan warga antarabangsa dan hubungan pelbagai negara.

“Korea Utara perlu menghormati hubungan diplomatik antarabangsa. Bagi mereka, ia (kes kematian Kim Jong-nam) bukan berkaitan isu antarabangsa tapi sebagai isu mereka. Saya fikir Korea Utara perlu belajar menghormati negara lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, semalam.

Menurutnya meskipun keputusan mengusir duta Korea Utara itu dikeluarkan oleh kementeriannya namun keputusan itu dibuat oleh Kabinet.

“Ia sebenarnya keputusan dibuat oleh Kabinet dan saya fikir kita sudah beri mesej yang jelas kepada kerajaan Korea Utara bahawa kita serius menyelesaikan masalah ini dan kita tidak mahu ia dimanipulasi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pendirian yang diambil duta Korea Utara ke Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam ialah beliau (Kang Chol) cuba memanipulasi isu berkenaan.

“Kita lakukannya secara profesional dari segi penyiasatan saksi, termasuk beberapa bukti yang kita jumpa melalui DNA, forensik, CCTV berdefinisi tinggi, juga beberapa elemen perisikan yang kita jumpa,” katanya.

Katanya sebagai masyarakat antarabangsa, semua negara harus bekerjasama menyelesaikan masalah itu dan bukannya memburukkan keadaan dengan memanipulasi sesuatu isu. – BERNAMA

Tags: Korea UtaraZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd