• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Jana E-Dagang RM8.2 Bilion Hingga 2020

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata setakat 2015, sebanyak kira-kira RM7.2 bilion nilai perniagaan melalui kaedah itu telah direkodkan.

“Melalui kemudahan lebih baik yang disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jumlah penggunaan aplikasi e-dagang meningkat setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Pos Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Jailani berkata kerajaan Sarawak juga menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang e-dagang dengan memanfaatkan sepenuhnya 124 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang ditubuhkan MCMC atau Pos Malaysia.

“Pusat ini juga bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Dari 2008 hingga sekarang, kerajaan telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi menjamin wujudnya capaian internet dan komunikasi lebih baik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja, kerajaan akan membelanjakan RM35 juta untuk mendirikan kira-kira 70 menara komuniksi selular kecil di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Jailani berkata Pos Malaysia Berhad akan membelanjakan RM5 juta bagi memodenkan pejabat pos di Kapit, Limbang, Serian, Lutong, Bintangor, Sarikei, Saratok dan Sri Aman pada tahun ini.

Pusat Poslaju Miri juga akan dinaik taraf melibatkan kos RM1 juta, katanya. – BERNAMA

Tags: e-dagang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rider E-Dagang Mogok, Dakwa Kontrak Baharu Tidak Adil

04/01/2022
0

SEBERANG PERAI – Perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular dijangka terjejas di negeri ini dalam tempoh beberapa hari selepas beberapa...

Cadang Caj 20 Sen Pembelian Dalam Talian Bawah RM1,000

08/09/2020
0

BACHOK - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd