• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Bukan Nak Jual Langkawi” – MB Kedah

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyelar tanggapan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri hendak menjual Langkawi melalui penggalakan pelaburan luar.

Katanya usaha kerajaan negeri Kedah menggalakkan kemasukan pelaburan luar ke Langkawi adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan tidak sepatutnya dilihat untuk menggadai pulau pelancongan ini.

“Apabila mereka melabur sejumlah wang yang besar, sudah tentunya mereka memerlukan jaminan dan jaminan itu (salah satunya) adalah dari segi pajakan… bukannya kita terus jual dan kemudiannya kita cuci tangan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dan Adya Hotel Langkawi di sini hari ini.

Menurutnya Kedah secara keseluruhannya memerlukan bantuan pelaburan dari luar untuk melonjakkan ekonominya dan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negeri ini memiliki banyak ruang lagi untuk pembangunan ekonomi.

Ahmad Bashah berkata hanya sebahagian kecil sahaja daripada kumpulan 99 buah pulau yang membentuk Langkawi ini yang telah dibangunkan dan ini seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan.

Katanya Langkawi telah dibahagikan zon-zon tertentu bagi menetapkan bentuk pembangunan yang sesuai dilaksanakan dan kesannya dapat dirasai oleh rakyat tempatan.

“Kutamaannya, rakyat di Langkawi mesti dapat pembangunan yang kita bawa,” katanya.

Menurutnya, pelabur-pelabur khususnya dari China dan Korea Selatan telah menunjukkan minat mereka untuk membuat pelaburan bagi memulakan beberapa industri di Kedah.

“Bila industri ini wujud, pelbagai peluang pekerjaan dan peluang-peluang lain dapat diadakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahLangkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd