• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat ‘Valet Doa’ Diarah Henti Operasi – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah diarah menghenti operasi mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook pengasas Valet Doa.

“JAKIM menyokong apa jua tindakan yang diambil SKMM dalam membasmi aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian umat Islam dan menimbulkan impak negatif, salah faham serta merosakkan akidah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai tindakan kerajaan berhubung isu Valet Doa dan langkah yang diambil bagi mengatasi isu ini.

Umat Islam di negara ini turut disaran supaya memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam negeri dan JAKIM sekiranya terdapat kemusykilan terhadap sesuatu isu berkaitan agama bagi tindakan lanjut.

Menjawab soalan tambahan Normala berhubung individu terbabit tetap ingin meneruskan perkhidmatan tersebut kerana pihak mufti tidak mengeluarkan fatwa mengenai isu itu, Jamil Khir berkata ia tidak bermakna individu tersebut boleh meneruskan perniagaannya.

Beliau berkata jabatan mufti negeri mengambil inisiatif dan langkah proaktif yang berterusan dengan memberi nasihat dan Irsyad Hukum (Kemusykilan Agama) berkaitan larangan mempromosikan pakej tersebut.

Malah katanya, tindakan boleh diambil sekiranya individu terbabit mengingkari arahan mufti.

“Dia harus faham bahawa ada unsur-unsur yang amat tidak sihat dalam iklan (valet doa) tersebut misalnya dikenakan bayaran dari RM250 ke RM5,000 bergantung kepada tempat-tempat doa tersebut serta ada diskaun, seolah-olah doa itu akan dimakbulkan,” katanya.

Perkhidmatan Valet Doa mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah, kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir BaharomValet Doa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd