• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tipu Umrah Libatkan Kerugian Lebih RM10 Juta

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 266 kes penipuan pakej umrah dan haji dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM10 juta sejak 2012 hingga Februari tahun ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Timbalan Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata daripada jumlah tersebut, 95 kes melibatkan agensi pelancongan dan nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM508,500 di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“Tindakan berurus niaga dengan syarikat atau individu tidak berlesen yang menjadi ejen jualan tiket terutamanya secara dalam talian merupakan tindakan yang sangat berisiko dan mendedahkan orang ramai kepada penipuan.

“Semua agensi pelancongan berlesen mestilah mengambil usaha secukupnya dalam memastikan status rakan niaga mereka sama ada berlesen atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian itu giat melakukan pemantauan dan siasatan secara bersepadu bersama kementerian dan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia serta badan bukan kerajaan yang terlibat.

Mas Ermieyati berkata harga indikator minimum pakej umrah standard ekonomi 12 malam 10 hari dikekalkan pada kadar RM4,900 dengan persetujuan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

“Pakej umrah yang ditawarkan hendaklah meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, visa umrah, penginapan, pengangkutan, makan minum, perkhidmatan mutawwif (wakil dari agensi pelancongan) dan perlindungan takaful,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengendali pelancongan berlesen hendaklah memastikan bahawa setiap jemaah dilindungi di bawah Skim Takaful Umrah sekiranya jemaah ditimpa musibah ketika mengerjakan umrah. – BERNAMA

Tags: Kes Penipuanumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd