• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bot Karam Pindah Ke Mahkamah Pelancongan

oleh
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes pemilik sebuah bot pelancong jenis katamaran yang karam pada 28 Jan lalu dipindahkan ke Mahkamah Pelancongan.

Majistret Stephanie Sharron Abbie membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F Mirchelle Sambatan yang dibuat berdasarkan Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu dalam permohonannya, Nartiah berkata tertuduh, Leong Vin Jee, 43, dijangka dikenakan beberapa pertuduhan lain berkaitan kes tersebut yang akan difailkan dalam minggu ini.

Tiada bantahan dibuat oleh Peguam Edward Paul yang mewakili Leong berhubung permohonan itu.

Pada 5 Feb lepas, Leong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa penumpang melebihi had dibenarkan berdasarkan lesen bot miliknya dan dia didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Leong dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan dari Jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah ditemukan termasuk empat yang maut dan operasi mengesan mangsa yang hilang masih diteruskan. – BERNAMA

Tags: Katamaran Karam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Badan Pemandu Kontena Putus 2, Kemalangan Di SKVE

Next Post

Selesema Burung H5N1, H5N6 Di Vietnam

Related Posts

Bot Karam: Operasi SAR Masuk Hari Ke-61

29/03/2017
0

KOTA KINABALU - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan...

Rangka Bot Bukan Katamaran Karam Di Pulau Mengalum

20/02/2017
0

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah mengesahkan rangka sebuah bot ditemukan di perairan Membakut, dekat sini, semalam,...

Next Post

Selesema Burung H5N1, H5N6 Di Vietnam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd