• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias

oleh AK-47
11/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENERBIT filem terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli nekad memfailkan saman tuntutan terhadap pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias.

Menurut laporan media, ia berhubung dengan tiga tuntutan yang pernah dikemukakan pada 21 Februari lalu.

Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias
Datuk Rafiena

Bagaimanapun menurut Didie, dia telah berbincang dengan Rafiena secara baik agar kes itu diselesaikan luar mahkamah namun, Rafiena enggan bahkan ingin terus membabitkan saluran undang-undang.

“Saya berasakan apa yang berlaku bukan masalah besar dan boleh diselesaikan cara baik. Lagipun kami sudah bercakap dan berbincang mengenai perkara ini, tapi tak tahu kenapa dijadikan isu pula.

“Apabila dia mengemukakan tiga tuntutan itu, saya terima dengan terbuka. Saya berada di pihak benar, jadi tak ada apa perlu ditakutkan. Saya juga sudah serah perkara ini kepada peguam saya.

“Saya sudah lakukan sehabis baik mengikut skop kerja yang diberikan. Tapi mungkin disebabkan sedikit masalah kecil membuatkan proses kerja itu tak berjalan lancar.

“Saya tak kisah kerana siapa yang mengenali saya pasti lebih tahu bagaimana saya bekerja. Saya tetap dengan pendirian tak bersalah,” katanya kepada Harian Metro.

Rafiena sebagai pemilik syarikat produksi Darkwave Sdn. Bhd. (Darkwave) dilaporkan telah menfailkan tiga tuntutan antaranya kerugian, cara kerja yang sambil lewa dan trauma yang dihadapi penerbit itu.

Ia berhubung dengan hasil kerja Didie selaku penerbit eksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna. Difahamkan, hubungan Didie dan Rafiena mula renggang sejak akhir tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DidieRafiena
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Didie Tidak Berdendam, Serah Pada Pihak Pengadilan

29/03/2018
0

KEMELUT yang melibatkan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli dengan pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias masih belum menemui jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd