• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Tutup 30 Kedutaan Malaysia

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menutup 30 pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara seperti yang didakwa pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini.

Beliau berkata kesemua pejabat kedutaan itu penting bagi memastikan dasar luar dengan negara-negara berkenaan terus terpelihara.

Pada masa ini, katanya, Malaysia mempunyai 108 pejabat kedutaan di luar negara yang jumlahnya lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand.

“Kerajaan sentiasa melakukan kajian berkala berkaitan keperluan pejabat kedutaan.

“Walaupun ada negara kita lihat keperluan (pejabat kedutaan) tidak ada, tetapi duta akreditasi perlu ada bagi memastikan dasar hubungan luar dengan negara tersebut tetap terpelihara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Terdahulu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN-Kuala Terengganu) ketika perbahasan rang undang-undang itu mendakwa terdapatnya cadangan kerajaan untuk menutup 30 pejabat kedutaannya di luar negara. – BERNAMA

Tags: Kedutaan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di...

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

16/08/2022
0

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir mengambil inisiatif membeli dua lot tanah perkuburan di negara itu susulan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd