• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Stadium Berkecuali Diumum Esok

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya akan membuat keputusan mengenai perpindahan perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia ke gelanggang berkecuali, esok.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul berkata, keputusan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC, selepas menerima permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya tidak bermain di Pyongyang atas faktor keselamatan.

“Jawatankuasa berkenaan akan membuat keputusan esok dan kita akan mengumumkannya hari esok juga. Itu sahaja yang saya boleh cakap sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang, 28 Mac ini.

Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia bermain di negara itu atas faktor keselamatan.

Pada Selasa lalu, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.

Permohonan gelanggang berkecuali bukan perkara baharu dalam arena bola sepak kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab tertentu sebelum ini.

Perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan pada 14 Nov ini juga mungkin dipindah ke gelanggang berkecuali.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan terbaru daripada AFC.

Hamidin pada Selasa lepas berkata AFC dijangka mengumumkan keputusan mengenai permohonan itu pada hari ini, selepas menghantar permohonan menukar venue pada Isnin. – BERNAMA

Tags: AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub Semoga Harimau Malaya berjaya mengharungi permasalahan membabitkan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap Persatuan...

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

26/01/2024
0

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd